5 Pengajaran Daripada Isu Brelfie

Ketua Pemuda Isma

1. Susu ibu adalah sumber khasiat terbaik buat bayi selain dapat menguatkan ikatan antara ibu dan bayi. Segala kempen menggalakkan budaya ini perlu diperhebat, disokong serta dipastikan selari dengan syariat Islam dan adab ketimuran

2. Selfie sambil menyusukan bayi (brelfie) adalah ternyata merupakan perbuatan yang SALAH, samada dari segi hukum Islam ataupun adab ketimuran yang sangat kaya dengan adab sopan dan perasaan malu. Ia tetap SALAH walaupun dilakukan atas niat baik untuk menggalakkan budaya pemberian susu ibu kepada bayi

3. Memviralkan gambar perbuatan yang SALAH juga adalah SALAH walaupun bertujuan untuk menegur, apatah lagi jika disertai dengan kata-kata kurang sopan, lucah dan tidak beradab

4. Islam meletakkan wanita di tempat yang sangat mulia dan tinggi. Justeru, para wanita janganlah sekali-kali merendahkan maruah diri dengan pendedahan gambar tanpa sebab yang penting (walaupun menutup aurat) apatah lagi jika mendedahkan aurat terutama bahagian-bahagian yang sensitif

5. Para lelaki terutama pemuda Islam pula janganlah melihat wanita sebagai simbol seks. Kawallah nafsu mengikut tatacara Islam iaitu dengan berpuasa, melakukan pelbagai amal ibadat dan mengisi masa lapang dengan aktiviti fizikal yang menyihatkan badan.

Ketua Pemuda Isma,
Muhammad Lukman Al Hakim bin Muhammad

ARTIKEL BERKAITAN: 
Selfie ketika menyusu langgar konsep keimanan

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian