90 peratus rakyat Kedah sokong saya, kata Mukhriz

mhkriss

ALOR SETAR, Khamis – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang yakin mendapat sokongan 90 peratus rakyat negeri itu, bersedia mengundurkan diri sekiranya ada calon yang lebih berwibawa dan bagus bagi menggantikan beliau.

Bercakap kepada kira-kira 500 penyokongnya di pejabat UMNO Bahagian Jerlun di sini, hari ini, Mukhriz berkata, beliau dengan rela hati sedia meletakkan jawatan jika penggantinya mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat.

“Jika rakyat Kedah tidak lagi menyokong saya, saya rela meletak jawatan.

“Tetapi jika masih ada yang menyokong saya, saya akan meneruskan tugas dengan baik dan akan melaksanakan strategi untuk negeri.

“Saya tidak bimbang 14 ketua bahagian jika mereka tidak menyokong saya kerana saya mempunyai dua juta penduduk Kedah yang majoritinya masih menyokong saya,” katanya.

Mukhriz yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun menafilkan beliau akan meninggalkan parti itu.

“Apa sahaja yang saya lakukan bertujuan mengukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Tiada siapa boleh membuat andaian bahawa saya akan melompat ke pihak lain. Saya akan terus bekerja keras untuk memastikan Kedah kekal di tangan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita akan menang dengan bergaya. Untuk memastikan ia berlaku, saya memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak,” katanya.

Semalam, komplot untuk menyingkirkan Mukhriz sampai ke kemuncaknya apabila kumpulan pendesak terdiri daripada pemimpin UMNO bahagian dan wakil rakyat di Kedah diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, mengumumkan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar itu.

Pertemuan pemimpin UMNO itu turut dihadiri Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Ghazali Ibrahim, juga meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menukar kepemimpinan negeri.

Bagaimanapun, Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Maznah Hamid mendedahkan beliau hadir pada pertemuan di kalangan pemimpin UMNO negeri semalam setelah diberitahu bahawa satu taklimat khas akan diadakan.

Sambil menyatakan beliau tidak tahu menahu mengeai sidang media akan dibuat untuk mendesak penyingkiran Mukhriz, Maznah berkata, bagaimanapun, selepas tiba beliau diminta berbaris dengan pemimpin lain untuk satu sidang media.

BERITA BERKAITAN

1. Ketua Wanita UMNO Kedah dedah ‘muslihat taklimat tertutup’

2. Muhyiddin bimbang kelompok pendesak UMNO Kedah ada agenda peribadi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian