Adakah Ketua Pesuruhjaya SPRM juga bersara awal seperti Gani Patail, soal Tun M

tun-mahthir
BANGI, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal kemungkinan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan bersara awal atas sebab kesihatan seperti bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas laporan yang dikeluarkan portal The Malaysian Insider berhubung dakwaan khabar angin bahawa kedudukan Abu Kassim sebagai Ketua SPRM akan digantikan.

“Soalnya ialah sama ada Ketua SPRM juga akan bersara awal atas sebab kesihatan?” katanya menerusi blog chedet.cc hari ini dalam tulisan bertajuk ‘Dismissals and Replacements’.

Dalam kenyataan yang sama, Tun M turut membangkitkan alasan persaraan yang dibuat Abdul Gani pada 5 Oktober 2015, disebabkan penyakit buah pinggang yang dihadapinya.

“Kegagalan buah pinggang bukan sebab untuk bersara awal. Sekarang Abdul Gani dilaporkan telah menjadi seorang peguam. Ini jelas bahawa dia sihat untuk bekerja,” katanya.

Mengulas lanjut Tun M berkata, sekiranya penyingkiran Abu Kassim benar berlaku, maka ia telah meyakinkan rakyat mengenai apa yang diperkatakan mengenai kerajaan.

“Penyingkiran Abu Kassim akan meyakinkan rakyat bahawa semua yang diperkatakan terhadap kerajaan adalah benar.

“Ia hanya wujud untuk menghalang undang-undang dikenakan kepada kepemimpinan negara ini,” katanya.

Beliau turut bertanya kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengenai tempoh untuk membuat keputusan siasatan SPRM berhubung wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan SRC International Sdn Bhd.

“Peguam Negara kata beliau akan bertindak tanpa rasa takut dan pilih kasih. Tapi beliau perlukan masa kerana laporan yang terlalu luas dan perlu kajian mendalam. Tapi berapa lama lagi?,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian