Al-Qassam buat kejutan singkap unit rahsia Wehdah Az-Zil

qassam

BANGI, Isnin – Buat pertama kalinya Al-Qassam menerbitkan sebuah klip video yang menyingkap unit rahsia dalam pergerakan itu yang dikenali sebagai Wehdah Az-Zil.

Tanggungjawab unit berkenaan ialah melaksanakan tugasan rahsia yang diklasifikasikan sebagai ‘paling sulit’ dan memastikan tugas itu sentiasa dalam keadaan rahsia.

Selain menunjukkan sedikit ucapan Abu Ubaidah yang memberi penerangan mengenai unit itu kepada penonton, video ini juga menyingkap nama anggota unit berkenaan yang terkorban syahid dalam menjayakan misi yang diamanahkan.

Antaranya ialah Komander Muhammad Abu Shamalah dan Raed Al-Attar yang syahid dalam perang Asfil Ma’kul dua tahun lalu.

Paling mengejutkan dalam video ini ialah paparan yang menunjukkan salah satu misi paling berjaya unit berkenaan adalah memastikan tentera Israel yang ditawan berada dalam keadaan selamat dan disembunyikan di satu tempat rahsia hingga gagal dikesan.

Video itu juga memaparkan bagaimana baiknya layanan Al-Qassam terhadap tahanan mereka Komander Tentera Israel, Ghilad Shallit.

Antara lain yang ditayangkan adalah bagaimana unit Wehdah Az-Zil Briged Al-Qassam yang menjaga Shallit makan bersama-sama dalam satu dulang, dan memanggang ayam. Tiada sedikit pun kekejaman yang dilakukan ke atas pemimpin askar rejim Zionis itu.

Di akhir video, Briged Al-Qassam telah menimbulkan tanda tanya untuk difikirkan oleh orang ramai. Apakah tugas yang sedang dilaksanakan oleh Wehdah Az-Zil ketika ini? Apakah tugasan akan datang yang mereka lancarkan?

Ikuti video di TV Islam & Melayu

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian