Al-Sisi singkir hakim sokong Ikhwanul Muslimin
KAHERAH, Sabtu – Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi memerintahkan beberapa hakim dilucutkan jawatan dan dipindahkan ke bahagian pentadbiran selepas didakwa menyokong pertubuhan politik yang diharamkan.
Perintah yang dikeluarkan semalam dibuat sebagai tindak balas berikutan cadangan daripada Majlis Tertinggi Hakim yang memantau sistem perundangan negara itu.
Antara hakim yang dilucutkan jawatan dan dipindahkan ke bahagian pentadbiran ialah Medhat al-Mult.
Medhat yang dituduh membincangkan isu politik di dalam laman Facebook beliau dan menyokong Ikhwanul Muslimin yang diharamkan oleh rejim Al-Sisi ditukarkan ke Kementerian Pengairan.
Sekurang-kurangnya enam hakim dipindahkan ke Kementerian Pengairan, kerajaan tempatan dan tenaga.
Semua mereka didakwa menggunakan media sosial untuk membincangkan isu politik dan menyokong Ikhwanul Muslimin serta pergerakan antikerajaan, April 6. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan