Amaran jangan sebar maklumat tidak sahih

kpn
KUALA LUMPUR, Isnin – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, termasuk orang kenamaan yang menyebar maklumat tidak sahih mengenai ancaman militan Daesh di negara ini.

Beliau berkata, penyebaran maklumat tidak sahih itu menimbulkan kegelisahan serta ketakutan di khalayak serta wajar dihentikan.

“Saya beri amaran pada semua pihak supaya tidak berkongsi mana-mana berita yang tidak sahih mengenai ancaman pengganas di media sosial. Ini termasuklah memetik sumber kerana ia serupa menyebarkan khabar angin,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa menerima maklumat bahawa selain pusat tumpuan pelancong Bukit Bintang, beberapa kawasan di sekitar ibu kota termasuk Bangsar dan Hartamas turut tersenarai antara kawasan panas yang menjadi ancaman penggganas.

“Ya saya ada terima maklumat (daripada perisikan). Antara kawasan termasuk Menara Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Bangsar, Hartamas dan Damansara.

“Ada pihak hendak huru-harakan keamanan negara, cemburu dengan pencapaian yang kita capai. Kita akan tingkatkan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan ini termasuk pusat tumpuan pelancong dan orang ramai,” kata Tengku Adnan.

Jumaat lalu, polis menangkap seorang ejen insurans berusia 28 tahun yang dilaporkan merancang serangan bom bunuh diri di negara ini.

Lelaki itu yang berasal dari Terengganu dan sudah mempunyai sasarannya ditahan anggota Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman. Suspek yang memasang bendera Daesh di Terengganu, Perak, Selangor dan Johor menerima arahan daripada pemimpin Daesh di Syria supaya menyasarkan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid turut memberi amaran tegas kepada pengamal portal media dalam talian untuk tidak melaporkan berita menggunakan sumber tidak sahih.

Beliau berkata, laporan berhubung aktiviti keganasan atau Daesh di dalam negara yang menggunakan sumber tidak sahih boleh menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Katanya, tindakan media online ini adalah seperti menyebarkan khabar angin dengan hanya menggunakan sumber.

“Kita tidak tahu sumber mana yang diambil dan melaporkan. Mana tahu maklumat yang diperolehi daripada penjual mee dan kita mahu tahu mana sumber itu,” katanya.

Khalid berkata, PDRM meningkatkan amaran berjaga-jaga ke tahap tertinggi di seluruh negara berikutan kejadian di Jakarta, baru-baru ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian