Banjir di Johor makin pulih, hanya 31 orang di pusat pemindahan

Gambar hiasan

Gambar hiasan

JOHOR BAHARU, Ahad – Keadaan banjir di Johor semakin pulih setakat 8 malam ini dengan pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sialang di Tangkak telah ditutup.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata pusat pemindahan itu yang menempatkan 20 mangsa daripada lima keluarga ditutup pada 5.30 petang tadi.

Pusat pemindahan yang masih dibuka ialah Balai Raya Gemereh 4, di Segamat menempatkan 25 orang daripada lima keluarga dan Balai Raya Kampung Lepau di Kota Tinggi yang menempatkan enam orang dari tiga keluarga, katanya dalam kenyataan.

Katanya pusat pemindahan di Kota Tinggi itu dibuka pada 9 pagi tadi. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian