Bauksit: Aduan diterima tapi tiada bukti kukuh, kata SPRM

KUALA LUMPUR 21 April 2015. Pengarah Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki di Sidang Media Khas SPRM dan JPJ sita 153 kenderaan 'diklon' bernilai lebih RM13 Juta di Akedemi Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta. NSTP/Salhani Ibrahim

KUALA LUMPUR, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya menerima berpuluh-puluh aduan mengenai aktiviti perlombongan bauksit di Pahang, namun siasatan tidak dapat dilakukan ekoran tidak mempunyai bukti kukuh.

Menjelaskan perkara itu lebh lanjut, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Azam Baki berkata pihaknya sukar untuk mendapatkan saksi dan maklumat yang kukuh.

Ini sekaligus menyebabkan siasatan terhadap dakwaan rasuah di sebalik aktiviti perlombongan itu juga menjadi perlahan.

“Kami menerima banyak surat dan aduan. Lebih daripada sedozen, boleh saya katakan, sejak beberapa bulan yang lalu. Tetapi pengadu tidak memberi nama penuh mereka.

“Tidak ada bukti yang dilampirkan seperti gambar atau dokumen. Jadi, ia nampak seperti lebih kepada bercerita.

“Sukar bagi kami menjalankan siasatan tanpa terlebih dahulu ada maklumat kukuh untuk mula jalankan kerja,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai penahanan empat pegawai Pejabat Tanah dan Galian Pahang yang didakwa menerima rasuah daripada pengendali bauksit perlombongan haram, Azam berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan membuat lebih banyak tangkapan selepas ini.

“Kami juga menerima aduan terhadap pegawai kerajaan yang lain, juga mengenai dakwaan rasuah. Saya tidak boleh menamakan agensinya, namun kami sedang mengusahakannya,” katanya, memetik sebuah portal liberal hari ini.

Tindakan penguatkuasaan SPRM itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas ia mengatakan unsur rasuah ditemui dalam aktiviti perlombongan bauksit.

Semua mereka ditahan reman sehingga 14 Januari bagi membantu siasatan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian