Bauksit: Dua pegawai PTG Pahang ditahan reman

isu bauksit di kuantan 4KUANTAN, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah tahanan reman terhadap dua lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang berhubung isu perlombongan bauksit, hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, perintah reman selama enam hari terhadap suspek yang berusia 51 dan 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Aisah Mohamed di sini.

Suspek merupakan antara enam pegawai PTG yang dipanggil ke pejabat SPRM di sini semalam, untuk memberi keterangan berhubung isu penjualan Borang Pemindahan Mineral (Borang 13D) kepada pengusaha lombong haram.

Borang itu yang disebut sebagai docket oleh penduduk setempat, dikeluarkan PTG dengan bayaran RM1, namun siasatan SPRM mendapati ia dijual pada harga antara RM150 dan RM200 setiap satu.

Penahanan terbaharu ini menjadikan jumlah mereka yang ditahan SPRM dalam isu ini kepada sembilan orang terdiri daripada enam pegawai PTG dan tiga orang awam. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian