Bauksit: Gambar viral bukti laut merah disebabkan pelabuhan

bauksit

BANGI, Selasa – Sekeping gambar yang dimuatnaik melalui laman sosial menarik perhatian pengguna apabila menunjukkan Sungai Balok dan air laut Pantai Batu Hitam yang bertukar merah baru-baru ini sebenarnya berpunca daripada limpahan bauksit dari Pelabuhan Kuantan.

Gambar itu dimuatnaik MrAsraa Lapan‎ ke Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM) mula menjadi viral sejak semalam.

Ia sekaligus menimbulkan persoalan terhadap kenyataan penafian oleh Kuantan Port Consortium (KPC) bahawa laut menjadi merah disebabkan limpahan bauksit di pelabuhan kendaliannya.

Rata-rata netizen mengecam pihak berkuasa kerana masih tidak bertindak malah berterusan tetap menafikan insiden yang berlaku disebabkan kegagalan mereka untuk menyelesaikannya.

Sebelum ini, penduduk di sekitar Balok dan Pelabuhan Kuantan terkejut melihat warna air Sungai Balok serta air laut bertukar menjadi merah dalam tempoh satu malam yang ia dipercayai akibat dicemari bauksit.

Tinjauan media tempatan mendapati di pesisir Pantai Batu Hitam dan Pantai Balok  warna air lautnya bertukar menjadi seakan-akan air lumpur sehingga mengakibatkan kawasan pelancongan itu dilihat tidak lagi sesuai untuk sebarang aktiviti air.

Pun begitu, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar telah melaksanakan pensampelan kualiti air manakala keputusan analisis kimia dijangka diperoleh dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian