Bayi baru lahir disangka anak kucing

bayik

BANDAR BARU BANGI, Isnin – Disangkakan ngiauan anak kucing yang mungkin terjatuh di dalam longkang, rupa-rupanya ia seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih mempunyai tali pusat.

Demikian sangkaan awal seorang penduduk di Seksyen 7 di sini yang baru pulang daripada surau petang Sabtu lalu.

Ketika melalui Jalan 7/5G, lelaki terbabit terdengar suara yang disangkanya anak kucing, namun terkejut apabila beliau mendapati seorang bayi lelaki baru dilahirkan dibalut dengan kain dan diletakkan di tepi longkang.

Beliau kemudian bergegas ke surau dan memberitahu seorang rakannya yang juga seorang doktor sebelum mereka mengambil bayi malang itu untuk rawatan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard, berkata lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari surau Seksyen 7 menaiki basikal sebelum mendengar suara seperti anak kucing di tepi longkang itu.

Katanya, lelaki itu turun menyiasat dan melihat sesuatu sedang bergerak di dalam plastik putih yang diletakkan di tepi longkang.

“Beliau membuka beg plastik itu dan ternampak bayi berkenaan.

“Beliau bergegas ke surau dan memaklumkan penemuan itu sebelum beliau dan rakannya yang juga doktor kembali untuk mengambil bayi terbabit,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai ibu atau keluarga bayi terbabit.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian