BSN tolak permohonan pinjaman pekerja minyak, gas

IMG_4155

KUALA LUMPUR, Khamis – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengesahkan mereka mengeluarkan notis arahan menolak semua permohonan pinjaman peribadi daripada pekerja minyak dan gas.

“Ya, ia sebenarnya ialah memo dalaman. Keputusan ini dibuat di peringkat dalaman dari sudut operasi dan perniagaan bank dan ianya sementara sahaja,” kata Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar yang dipetik daripada The Star hari ini.

Beliau berkata, memo itu hanya diedarkan kepada unit-unit perniagaan dan eksekutif peringkat tinggi dan bukan untuk siaran umum.

E-mel itu menyatakan bahawa:

“Semua pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman sewa beli untuk permohonan daripada pekerja dari sektor minyak dan gas akan ditolak terlebih dahulu.”

Ia juga mengarahkan eksekutif jualan untuk menghentikan pemasaran dan tidak menerima permohonan daripada pekerja minyak dan gas.

Bagaimanapun, notis itu tidak terpakai bagi pekerja bukan kontrak Petronas, tetapi permohonan mereka akan tertakluk kepada kelulusan ibu pejabat.

Selain itu, permohonan pinjaman gadai janji dan permohonan yang telah diproses, juga memerlukan kelulusan ibu pejabat.

Paparan skrin e-mel berhubung notis berkenaan bocor dan mula diedarkan secara meluas di media sosial.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian