Bunuh Altantuya: Azilah mohon pengampunan Sultan Selangor

azilah

Ihsan: Google

KUALA LUMPUR, Sabtu – Bekas anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri akan memohon pengampunan daripada Sultan Selangor berhubung sabitan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Peguamnya, Datuk Hazman Ahmad berkata petisyen pengampunan diraja itu akan dihantar kepada lembaga berkenaan pada hari ini (Jumaat).

“Namun, saya tidak boleh mendedahkan kandungan petisyen itu kerana kerahsiaan peguam-anak guam,” katanya kepada sebuah portal liberal.

Hazman berkata, salinan petisyen itu turut dihantar kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain itu, Bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata sekretariat lembaga akan menetapkan tarikh pendengaran petisyen secepat mungkin memandangkan individu berkenaan sudah dipenjarakan selama setahun.

“Tidak berperikemanusiaan untuk memenjarakan individu yang sudah dijatuhi hukuman mati selama setahun tanpa merujuk kesnya kepada lembaga untuk membuat keputusan,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian