Dakwaan rasis: Siasat keupayaan guru besar SJKC Pai Chee

paichee

BANGI, Isnin – Kementerian Pendidikan digesa menyiasat segera prestasi dan keupayaan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee di Mersing, Johor berikutan dakwaan rasis yang dilaporkan berlaku di sekolah itu baru-baru ini.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang menyifatkan kejadian itu mungkin berpunca daripada prestasi guru besar terbabit yang tidak berkeupayaan atau benar-benar layak memegang jawatan berkenaan.

“Bukan sahaja ditukarkan tetapi patut dikenakan tindakan disiplin atau tatatertib termasuk diturunkan pangkat jika terbukti beliau memaksa guru lain meletak jawatan atau mahu memindahkan mereka tanya alasan munasabah,” katanya sebagaimana dilaporkan BNBBC, hari ini.

Katanya, beliau difahamkan bukan sahaja prestasi Bahasa Malaysia di sekolah itu merosot, tetapi mata pelajaran lain yang diajar guru bukan Melayu juga merosot.

“Ini mungkin kegagalan beliau sebagai guru besar atau pentadbir sekolah sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati ibu bapa menyebabkan insiden menyerang seorang guru di sekolah itu oleh bapa seorang murid,” katanya.

Laporan BNBBC menyatakan guru besar itu sebelum ini hanyalah seorang guru muzik.

Sementara itu, Dr Abdul Latiff menyokong tindakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengarahkan agar guru besar sekolah itu dipindahkan sementara ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga siasatan berhubung kejadian itu selesai.

Dr Latiff juga mahu bapa yang menyerang dan menghina seorang guru lain di sekolah itu dikenakan tindakan kerana menganggu penjawat awam.

“Ini perlu bagi mengelak kejadian seperti itu berulang. Kita khuatir ada orang lain berbuat perkara sama pada masa akan datang,” katanya yang juga Setiausaha Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Pada masa sama beliau juga berharap guru Melayu yang terbabit dalam kejadian itu turut ditukarkan demi menjaga maruah mereka.

Mahadzir menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya sebelum ini berkata, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk membantu siasatan kejadian itu dan laporan dijangka siap dalam tempoh tiga hari.

Beliau juga menggesa orang ramai agar bertenang kerana isu seperti ini jarang berlaku.

Sebelum ini, viral di media sosial laporan seorang guru dari sekolah tersebut yang mendakwa diserang bapa seorang murid kerana memarahi anaknya.

Dalam laporan kepada polis, guru berkenaan mendakwa bapa murid tersebut menghinanya serta membaling buku di bilik guru.

Guru itu kemudian menuduh guru besarnya cuba memaksanya meletakkan jawatan atau memindahkannya dan dua orang guru Melayu lain.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian