DAP ancam saman pemimpin PAS tuduh Israel tawar RM1.2 bilion

lim_kit_siang_1104_620_366_100

KUALA LUMPUR, Sabtu – Parti rasis dan cauvinis DAP akan menyaman seorang pemimpin PAS yang dilaporkan mendakwa parti itu ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson.

Tanpa menamakan individu itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, individu berkenaan akan disaman kerana memfitnah apabila membuat tuduhan melulu mengenai hubungan DAP dengan Israel.

“Menurut al-Quran, memfitnah adalah satu jenayah yang lebih buruk daripada membunuh. Saya menjangkakan peguam DAP akan memulakan prosiding undang-undang dalam satu atau dua hari,” katanya.

Isu ini tecetus apabila baru-baru ini, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendedahkan semula tiga dakwaan yang dibuat oleh bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abd Rahman empat tahun lalu.

Dr Mohd Zuhdi memetik dakwaan Mohamed Razali yang mendedahkan antaranya, pakar perisikan Israel terlibat melatih G17 atau kumpulan seramai 17 pakar strategi DAP diketuai Tony Phua, yang mana Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.

Dakwaan lain ialah Guan Eng kerap ke Singapura bertemu wakil kedutaan Israel dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan itu.

Seterusnya, Mohamed Razali juga mendakwa DAP ditawarkan dana PRU-13 sebanyak AS$300 juta oleh Israel, dan Mohamed Razali juga mendakwa sebuah pangkalan tentera Israel baru akan dibina di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menawan Putrajaya.

“Dakwaan yang dilontarkan saudara Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Sekurang-kurangnya, saudara Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian jelas daripada DAP,” kata Dr Zuhdi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian