DAP cawangan Pantai Sepang Putra bubar

DAP

SEPANG, Sabtu – DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, di sini dibubarkan selepas kesemua 25 anggota cawangan itu mengisytiharkan keluar parti hari ini.
 
Bekas setiausaha cawangan terbabit, N. Thanaletchumi berkata keputusan itu dibuat selepas semua anggota cawangan tersebut hilang kepercayaan kepada parti ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
 
Kami anggota DAP cawangan Pantai Sepang Putra sebulat suara mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa hari ini, katanya pada sidang media di sini.
 
Beliau mendakwa, pemimpin DAP hanya datang bertemu mereka ketika memerlukan sokongan pada pilihan raya umum dan semasa pemilihan parti.
 
Menurut Thanaletchumi beliau sudah menghantar surat mengisytiharkan keluar DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), semalam.
 
Beliau kemudiannya mengetuai bekas anggota parti itu menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP), sebuah parti serpihan DAP dengan menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung parti, David Dass.
 
Pada majlis itu, selain membacakan ikrar menentang DAP, mereka turut menggunting dan mematahkan kad keanggotaan serta baju DAP masing-masing sebagai simbolik mereka sudah tidak bersama parti berkenaan. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian