Datuk antara empat ditahan bantu siasatan rasuah bauksit

Apa-Fungsi-Bauksit-Di-Pahang

KUALA LUMPUR, Khamis – Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk adalah antara empat lagi yang ditahan, termasuk seorang wanita, bagi membantu siasatan kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang, hari ini.

Datuk terbabit ditahan di Kuala Lumpur, manakala tiga lagi ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Eric Lau pagi tadi.

Selain Datuk yang juga bekas pegawai kanan sebuah agensi kerajaan itu, turut direman seorang wanita yang juga pekerja sebuah syarikat perlombongan, peguam dan seorang penjawat awam yang juga pegawai kanan di Jabatan Mineral dan Geosains Pahang.

Difahamkan semua suspek berusia antara 34 hingga 42 tahun itu ditahan semalam.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu berkaitan perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang.

Dua daripada suspek iaitu Datuk terbabit dan juga peguam diwakili peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian