Dua pelajar dibuang sekolah hantar ancaman bom guna akaun e-mel pelajar Islam

Washington-Latin-Public-Charter-School

WASHINGTON DC, Ahad – Dua pelajar di sebuah sekolah berprestasi tinggi di Washington DC telah menghantar e-mel dengan menulis ‘bom’ pada tajuk e-mel tersebut kepada lebih 600 pelajar lain sebagai gurauan.

Mereka yang tidak didedahkan namanya itu, telah membuka komputer riba semasa kelas dan mendapati bahawa pengguna sebelumnya, seorang pelajar Muslim, tidak log keluar dari akaun e-mel sekolahnya.

E-mel tersebut telah dihantar pada Rabu lalu dengan berkata: “Jumaat ini akan berlaku satu letupan”

“Saya tidak pernah merasakan bahawa ia adalah satu ancaman sebenar, tetapi untuk perkara sebegini, tindakan yang serius perlu diambil.

“Ia boleh menjadi sangat tidak menyenangkan bagi pelajar untuk membuka e-mel dan membaca itu,” kata Pengetua Sekolah, Martha Cutts.

Kedua-dua lelaki tersebut yang merupakan pelajar senior di Washington Latin Public Charter School dibuang sekolah berikutan perbuatan mereka itu. -Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian