Empat menteri diarah kaji keputusan Mahkamah Rayuan isu pengislaman

S Subramaniam Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, Ahad – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan empat menteri mengkaji keputusan berkaitan isu pertukaran agama yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan, baru-baru ini.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam memberitahu akhbar harian Tamil bahawa jawatankuasa yang dianggotai empat menteri itu ditubuhkan untuk mengkaji masalah yang timbul berhubung isu penukaran agama kepada Islam yang dihadapi seorang ibu tunggal.

Antara menteri yang diarahkan termasuk beliau sendiri yang juga Menteri Kesihatan; Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan rakan sejawatannya, Nancy Shukri.

Subramaniam berkata, Najib juga bersetuju penubuhan jawatankuasa itu selepas beliau membangkitkan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet Rabu lalu.

Katanya, Najib mahu jawatankuasa itu mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara dalam menyelesaikan isu itu.

Menurut laporan itu lagi, mesyuarat pertama dengan Peguam Negara telah diadakan Khamis lalu di mana pelbagai langkah untuk menghalang penukaran agama kepada Islam oleh seorang ibu tunggal telah dibincangkan.

Kebimbangan itu tercetus susulan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mualaf Muhammad Riduan Abdullah untuk mengetepikan keputusan sebelum itu yang menolak pengislaman tiga anaknya, Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa.

Dalam kes itu, Mahkamah Rayuan turut memutuskan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai kuasa eksklusif membicarakan sebarang kes berkaitan agama Islam.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian