EXCO DAP pertikai fatwa haram vape

teng-chang-kim-1

BANGI, Selasa – Exco parti rasis dan cauvinis DAP, Datuk Teng Chang Khim menyifatkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pengharaman rokok elektronik atau vape sebagai haram adalah tidak berperlembagaan.

Sambil mempertikai keputusan majlis fatwa itu beliau berkata, pengharaman berkenaan mencabuli hak masyarakat bukan Islam.

Katanya, semua kerajaan, persekutuan mahupun negeri, mempunyai kuasa masing-masing di bawah perlembagaan persekutuan dan negeri untuk menguatkuasakan undang-undang sivil dan undang-undang Islam.

“Bagaimanapun, menguatkuasakan undang-undang Islam, termasuk apa-apa keputusan oleh mana-mana jawatankuasa fatwa, sama ada oleh negara atau negeri pada semua rakyat tanpa mengira pegangan agama mereka, melanggar hak-hak sivil orang bukan Islam mengikut Perlembagaan Persekutuan,” kata Adun Sungai Pinang itu. 

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kerajaan negeri Melaka yang mengharamkan vape apabila mengambil keputusan selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Melaka bahawa vape adalah haram.

“Saya tidak mempunyai masalah jika kerajaan Melaka berpendapat bahawa vape perlu diharamkan atas apa jua sebab.

“Tetapi untuk mewajarkan keputusan itu berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan atau jawatankuasa fatwa negeri tidak boleh diterima oleh perlembagaan,” kata Teng.

Selain Melaka, beberapa negeri lain turut mengharamkan vape antaranya Johor, Negeri Sembilan dan Kedah.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian