Filem biopik Erdogan bakal temui penonton hujung Mac ini

Tayyip-Erdoğan

ISTANBUL, Isnin – Satu filem biopik tentang Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan bakal menemui penonton pada 25 Mac tahun ini.

Filem itu, yang akan menjalankan penggambaran pada minggu ini, mengisahkan tentang Erdogan dari zaman kanak-kanak yang tinggal di kawasan miskin di Istanbul hingga ke zaman beliau menjadi Datuk Bandar di negeri tersebut.

Menurut agensi berita Anadolu, penerbitnya, Ali Avcı berkata, filem biopik tersebut akan menceritakan zaman kanak-kanak Erdogan di daerah Kasimpasa di pantai Golden Horn di Istanbul, zaman beliau sebagai Datuk Bandar Istanbul dari 1994-1998 dan sewaktu beliau dipenjararakan pada tahun 1999.

“Hari ini kita lihat watak-watak dari pawagam global seperti Spiderman dan Superman, yang tidak wujud, ada pada baju anak-anak kita dan kadang-kadang dalam buku.

“Tetapi kita mempunyai wira kita sendiri yang masih hidup! Proses filem ini bermula dengan pemikiran ‘bagaimana mereka menjadi wira?.

“Daripada melihat beliau sebagai presiden, orang akan melihat Erdogan sebagai seorang lelaki yang membesar di Kasimpasa dan tinggal di Istanbul,” kata Avcı.

Pada tahun 1999, beliau terpaksa meringkuk selama empat bulan di dalam penjara kerana membaca puisi Islam.

Hukuman itu turut menyebabkan beliau diharamkan daripada politik sehingga parti beliau sendiri mula berkuasa pada 2002 dan ditolak melalui pembaharuan undang-undang.

Bangkit daripada insiden itu, Erdogan lalu menguasai Turki sebagai Perdana Menteri bermula dari 2003-2014 dan kini sebagai seorang presiden. -Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian