Gangguan bekalan air di Seremban, Rembau Selasa

air-sains

SEREMBAN, Ahad – Penduduk di sebahagian kawasan Seremban dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air Selasa berikutan kerja-kerja pengalihan paip dan pemasangan injap.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail berkata, beberapa kawasan di Seremban yang terjejas selama 24 jam mulai 9 pagi, Selasa ini ialah kawasan industri Enstek, Enstek Timur, Bandar Pendidikan dan LB Johnson.

“Gangguan bekalan air juga akan berlaku selama 14 jam mulai 10 pagi pada hari sama di kawasan industri Arab Malaysian, Nilai Impian, Nilai 7 dan Taman Teratai (Nilai),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Norzita berkata, gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi, Selasa ini di Rembau melibatkan Kampung (Kg) Sri Kendong, Rumah Rakyat Sri Kendong, Kg Lama Kendong, Kg Baru Kendong, Kg Padang Lebar Kota, Rumah Rakyat Kota (Fasa 2), Kg Chik Tamby, Jalan (Jln) Masjid Gadong, Kg Gadong dan Tanah Datar Gadong.

Turut terlibat Jln Ulu Gadong 1, Ulu Pari/PLKN, Klinik Desa Gadong, Jln Padang Kerbau Gadong, Sekolah (Sek) Menengah (Men) Agama Hj Mohd Yatim, Jln Ulu Gadong 2, Sek Men Agama Gadong, Kg Seberang Paya, Jln Hilir Batang Nyamor, Kg Batang Nyamor dan Kg Tengah Chengkau Ulu.

Gangguan bekalan air juga berlaku di Kg Chengkau Ulu (Seberang), Kg Baru Chengkau Ulu, Kg Batang Nyamor, Balai Raya Batang Nyamor, Kg Mungkal, Kg Jeram, Legung Jaya, Taman (Tmn) Sri Kota, Tmn Gadong, Kg Perah Kota, Kg Bukit Keledang, Pekan Kota, Tmn Azizah, Rumah Rakyat Kota (Fasa 1), Legung Ulu/Legung Hilir/Semelenggang, Kg Agam, Kg Solok Astana Raja, Rumah Rakyat Astana Raja dan Kg Air Melintang.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian