Guan Eng akui Melayu luar bandar anti-DAP

Guan eng
BANGI, Khamis – Orang Melayu luar bandar terpengaruh dengan propaganda hitam yang membawa kepada kebencian terhadap parti rasis dan cauvinis DAP.

Setiausaha parti, Lim Guan Eng berkata, sentimen itu ketara di kawasan luar bandar di mana DAP tidak mempunyai kerusi dan masyarakatnya bergantung kepada media arus perdana bagi mendapatkan berita dan maklumat.

“Jika pilihan raya diadakan sekarang, kita akan menghadapi masalah, tetapi kita ada dua tahun lagi untuk berusaha menjelaskannya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kenyataannya bertepatan dengan hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati peningkatan kemarahan Melayu terhadap DAP, yang dilihat sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan parti bersifat berkauman.

IDE menjalankan kajian itu pada 13 hingga 15 November tahun lepas dengan 1,716 responden di seluruh Selangor.

Kajian mendapati hampir dua pertiga daripada responden (72 peratus) bersetuju DAP adalah sebuah perti bersifat perkauman yang hanya menjaga kepentingan masyarakat Cina.

Hanya 12 peratus tidak bersetuju manakala 16 peratus berkata mereka tidak pasti.

Lebih separuh (64 peratus) bersetuju dengan kenyataan “DAP adalah sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam”. 18 peratus tidak bersetuju manakala 19 peratus tidak pasti.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian