Guru Melayu diserang di SJKC Pai Chee, Mersing, laporan polis dibuat

Antara buku yang dibaling di bilik guru oleh bapa murid.

Antara buku yang dibaling di bilik guru oleh bapa murid.

MERSING, Khamis – Insiden perkauman terus berulang kali berlaku ke atas guru Melayu di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini semalam.

Terkini, seorang guru Melayu di SJKC Pai Chee, Mersing telah diserang oleh bapa seorang murid Cina, Ng Lee Ze di bilik guru sekolah itu hingga menyebabkannya membuat satu laporan polis kerana rasa tidak selamat.

Puan Salina Daud, 49, berkata, bapa Lee Zee, Ng See How telah memarahi dan membaling buku-buku dan alatan mengajar ke arahnya.

Salinan laporan polis yang dibuat oleh Cikgu Salina.

Salinan laporan polis yang dibuat oleh Cikgu Salina.

“Pada 13/1/2016 jam lebih kurang pukul 12.20 tengah hari, bapa Ng Lee Ze (Murid yang memaki saya pada 5 HB Januari 2016) bernama Ng See How telah datang menyerang saya sambil membaling buku-buku dan alatan mengajar saya di bilik guru,” katanya, dalam laporan itu.

Menurut Salina, pada 5 Januari lalu, muridnya, Lee Ze telah memakinya tanpa sebab dengan menggunakan bahasa Cina sewaktu pengajian dan pembelajaran (P&P) sedang berjalan.

Justeru, dia melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas Lee Zee, namun, tiada sebarang tindakan dilakukan.

“Saya tidak berpuas hati kerana pihak sekolah tidak melindungi saya sebagai salah seorang guru di sekolah tersebut,” katanya.

Terdahulu, sudah wujud insiden perkauman di sekolah tersebut di mana guru besarnya pernah mencuba untuk menghalau guru-guru Melayu di situ.

“Pada 19hb November 2015, guru besar SJK (C) Pai Chee iaitu Cikgu Ang Swee Hoon pernah menghalau saya dan dua orang guru lagi iaitu Cikgu Syuhadah dan Cikgu Zuraida.

“Dengan mengatakan bahawa masyarakat Cina Pai Chee tidak mahu guru-guru Melayu (kami) mengajar di SJKC Pai Chee.

“Guru Besar juga telah menemui PPD dan meminta supaya kami dikeluarkan dari SJKC Pai Chee atas sebab-sebab guru-guru Melayu tidak pandai mengajar dan tidak memberikan kerjasama.

“Saya membuat laporan ini kerana merasakan diri saya dan dua orang Guru Melayu (Cikgu Syuhadah dan Cikgu Zuraida) tidak selamat lagi berada di sekolah SJKC Pai Chee,” katanya.

Berikut adalah aduan polis yang ditulis oleh Cikgu Salina:

Pada 13/1/2016 jam lebih kurang pukul 12.20 tengah hari bapa Ng Lee Ze (Murid yang memaki saya pada 5 HB Januari 2016) bernama Ng See How telah datang menyerang saya sambil membaling buku-buku dan alatan mengajar saya di bilik guru. Ng See How memarahi saya sehinggalah Cikgu Choong Wai Kit menariknya dan cikgu Ong Sok Hui menenangkannya.

Hal ini disaksikan oleh empat orang guru iaitu Cikgu Tan Bee Yong, Cikgu Teoh Siew Hong, Cikgu Teo Huay Lee dan Cikgu Phua Aai Lin. Sebelum ini iaitu pada 5hb Januari 2016. Murid tersebut (Ng Lee Zee) telah memaki saya (Dalam bahasa Cina tanpa sebab) semasa sesi P&P dijalankan.

Saya telah melaporkan kejadian ini kepada guru kelas tetapi sehingga pukul 1.00 Tengahari (Pada hari tersebut) tidak ada sesiapapun (Guru Besar, Guru Kelas atau GPK) yang datang berbincang dengan saya mengenai hal ini. Saya membuat laporan ini kerana bimbang akan keselamatan saya memandangkan saya diserang di dalam bulik guru di sekolah. Saya tidak berpuas hati kerana pihak sekolah tidak melindnugi saya sebagai salah seorang guru di sekolah tersebut.

Pada 19hb November 2015, Guru Besar SJKC Pai Chee iaitu Cikgu Ang Swee Hoon pernah menghalau saya dan dua orang guru lagi iaitu Cikgu Syuhadah dan Cikgu Zuraida dengan mengatakan bahawa masyarakat Cina Pai Chee tidak mahu guru-guru Melayu (Kami) mengajar di SJKC Pai Chee.

Guru Besar juga telah menemui PPD dan meminta supaya kami dikeluarkan dari SJKC PAi Chee atas sebab-sebab guru-guru Melayu tidak pandai mengajar dan tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah.

Saya membuat laporan ini kerana merasakan diri saya dan dua orang Guru Melayu (Cikgu Syuhadah dan Cikgu Zuraida) tidak selamat lagi berada di sekolah SJKC Pai Chee.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian