Hanya dua NGO Melayu sokong TPPA, 250 NGO lain tolak

Hanya dua NGO Melayu sokong, 250 NGO lain tolak TPPA

Hanya dua NGO Melayu sokong, 250 NGO lain tolak TPPA

BANGI, Selasa – Hanya dua pertubuhan Melayu yang menyokong kerajaan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) berbanding 250 NGO yang berpendirian menolak perjanjian merugikan negara itu.

Dua NGO Melayu itu ialah Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASA-MA).

Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr Hasan mad berkata pihaknya membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan cara kerajaan mengendalikan rundingan TPPA terutama dari segi rundingan atas terma Malaysia dan agenda Bumiputera terjamin.

BACA: TPPA: Menjawab Datuk Seri Abdul Wahid

“Agenda Islam dan halal terjamin, kajian kos dan faedah yang dijalankan membuktikan TPPA memberi lebih banyak faedah kepada negara dan jika tidak menyertainya akan menjadikan kurang kompetitif,” katanya pada sidang media semalam, lapor Berita Harian hari ini.

Sementara itu, Presiden PERDASA-MA, Datuk Mohamad Izat Emir berkata, pihaknya yakin TPPA akan membawa kebaikan kepada Malaysia berdasarkan rekod pelaburan di luar negara.

Katanya, jumlah pelaburan di luar negara kini sudah mencecah RM600 bilion berbanding RM500 bilion aliran pelaburan asing di negara ini sehingga suku ketiga 2015.

“Rekod itu jelas menunjukkan Malaysia mempunyai ketahanan kental, selain syarikat negara ini yang mencapai kejayaan membanggakan dalam arena antarabangsa,: katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pada 9 Januari lalu, lebih 250 NGO telah menyatakan pandangan menolak TPPA dalam Sidang Kemuncak Bantah TPPA di Shah Alam.

15 pemimpin masyarakat mewakili pelbagai kumpulan telah diberi ruang untuk menyuarakan pandangan antara lain daripada kumpulan pesakit dan NGO kesihatan, wakil nelayan dan petani, wakil kumpulan politik dari PKR, PSM, wakil NGO Melayu, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia UMNO, kumpulan profesional, wakil peguam, wakil NGO Islam termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), aktivis pengguna dan pelbagai lagi.

Pada 23 Januari ini, satu demonstrasi besar-besaran bagi membantah TPPA akan dijalankan di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

demo tppa 23 jan 2016

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian