Harga minyak global naik rentetan ketegangan Arab Saudi-Iran

oil prices
WASHINGTON, Selasa – Harga minyak bagi pasaran global telah meningkat berikutan pengumuman Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran.

Berikutan pengumuman pada Isnin lalu, harga penanda aras bagi West Texas Intermediate bagi penghantaran Februari naik 30 sen dan akan dijual pada harga USD 37.34 setong, lapor AFP.

Sementara itu, harga minyak mentah bagi Brent North Sea untuk penghantaran bulan Februari juga meningkat 59 sen dan dijual pada USD 37.87 setong.

Merujuk kepada kenaikan mendadak harga minyak, ketua penyelidikan di Pasaran Accendo, Mike Van Dulken berkata bahawa ketegangan geopolitik di Timur Tengah antara faktor kepada turun naik harga minyak yang sedia ada.

Ketegangan antara Riyadh dan Tehran bermula selepas Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati kepada ulama Syiah, Nimr Al-Nimr pada Sabtu lalu. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian