Ibu doa anak hilang di Madinah selamat

jumpa.transformed_0

KUALA LUMPUR, Jumaat – “Kini saya hanya mampu berdoa semoga anak saya selamat ditemui,” kata Zamhani Zakaria dengan penuh harapan berhubung anak perempuannya yang hilang ketika berada di Madinah.

Beliau berkata, kali terakhir dia bersama-sama anaknya Nor Azimah Ibrahim, 31, adalah pada 19 Dis lepas.

“Nor Azimah tidak sihat pada hari berkenaan, selepas sembilan hari kami berada di tanah suci Makkah dan Madinah.

“Kami (saya dan suami) berjanji untuk berjumpa (Nor Azimah) di Masjid Nabawi selepas pulang dari program ziarah pada tengah hari, namun Azimah tidak kelihatan di sekitar masjid berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, dia dan suaminya Ibrahim Abdul Rahman, 54, juga telah memberikan segala maklumat berkenaan anaknya yang hilang itu kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

“Suami saya masih berada di sana untuk membantu pihak berkuasa Arab Saudi dalam mengesan Azimah, namun sehingga kini masih tiada khabar berita,” katanya.

Zamhani, 52, yang tiba di tanah air pada 23 Dis lepas berkata dia, suaminya dan Nor Azimah berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 11 Dis lepas dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Dis.

Nor Azimah merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan, berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian