Ibu pejabat polis Turki terkena letupan bom

_87699193_capture

TURKI, Khamis – Seorang wanita dan bayi terbunuh dalam satu kejadian letupan bom kereta di ibu pejabat polis di tenggara wilayah Diyabarki hari ini.

Menurut laporan media tempatan Turki berkata, kejadian itu turut mengakibat 22 orang yang lain cedera.

Bom itu dilaporkan meletup di pintu masuk bangunan ibu pejabat polis sehingga merosakkan bangunan berhampirannya.

Dalam laporan yang sama, Pegawai Turki mempercayai bahawa kejadian yang berlaku itu adalah serangan dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK) ke atas militan.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang maklumat daripada kumpulan itu berhubung penglibatan di dalam serangan berkenaan.

Wilayah Diyarbakir telah menyaksikan pertempuran antara militan PKK dan tentera Turki sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sebelum ini, satu serangan berlaku di kawasan tarikan pelancongan utama di Sultanahmet, Turki sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang maut.

Kejadian itu dilaporkan dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati yang masih belum diketahui identitinya.- Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian