Ibu remaja dakwa diculik mohon maaf

remaja hilang ditemui
KLANG, Sabtu – Ibu kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa dirinya diculik sejak Ahad lalu, hari ini tampil memohon maaf menerusi laman Facebook beliau.

“Saya minta maaf seandainya kalau selama kehilangan anak saya ada perkara-perkara negatif yang berlaku. Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak jemu mengikuti perkembangan kes anak saya.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada PDRM yang selama ini bertungkus lumus menjalankan tugas mereka untuk menjejaki anak saya yang hilang,” katanya yang mengguna nama Asmah Majid dalam Facebook itu.

Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, dari Bandar Sultan Sulaiman di sini, sebelum ini menjadi perhatian selepas rakaman perbualan telefon dengan kakak angkatnya yang menggambarkan dia diculik dua lelaki India dan dilarikan dengan sebuah van putih menjadi viral di media sosial.

Bagaimanapun, Nur Amirah ditemui selamat kira-kira jam 7.45 malam bersama teman lelakinya, yang baru dikenali kurang sebulan di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.

Ketika ditemui pemberita, Asmah berkata, dia mesti mesti kuat menerima kebenaran.

“Saya mesti menerimanya. Sebagai ibu saya mesti kuat,” katanya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, pula berkata remaja itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahiman untuk pemantauan.

“Dia diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Teman lelaki remaja itu berusia 19 tahun dan seorang rakannya ditahan reman empat hari sejak semalam bagi membantu siasatan.

BERITA BERKAITAN:

Remaja perempuan hanya reka cerita diculik
Remaja perempuan dakwa diculik diserah kepada JKM, dua lelaki ditahan
Polis Selangor tubuh pasukan khas jejak remaja perempuan diculik

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian