Iran ‘kesal’ serangan ke atas kedutaan, konsulat Arab Saudi

ira

TEHERAN, Selasa – Negara Syiah Iran ‘kesal’ dengan serangan ke atas dua pejabat misi diplomatik Arab Saudi di negara dan memberi jaminan tindakan tegas, termasuk menangkap dan menghukum mereka yang bertanggungjawab.

Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gholamali Khoshroo dalam suratnya kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, hari ini berkata, Iran akan mengambil langkah sewajarnya bagi menghalang perkara seperti itu berulang.

Kelmarin, Riyadh memutuskan hubungan diplomatik dengan Teheran selepas negara itu mengecam dan campur tangan urusan dalaman Arab Saudi yang menghukum pancung ulama Syiah, Nimr al-Nimr pada Sabtu, selain Kedutaan Arab Saudi di Teheran diserang teruk dan digeledah pada malam hari hukuman dilaksanakan.

Bangunan konsulat Arab Saudi yang terletak di bandar Mashhad, di utara Iran juga terbakar setelah diserang dengan balingan batu dan bom molotov.

Khoshroo berkata, setakat ini lebih 40 penunjuk perasaan di kedutaan itu telah ditangkap dan diserahkan pihak berkuasa keadilan.

Beliau berkata, Iran menyokong Konvensyen Vienna yang memberi perlindungan kepada diplomat dan harta benda diplomatik. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian