IS dipercayai dalang letupan bom di Jakarta

3ba7f0a587a74c48aeaccb2150b415ae_18

JAKARTA, Khamis – Kumpulan militan IS didakwa bertanggungjawab terhadap serangan bom di ibu negara Indonesia, hari ini.

Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian berkata, beliau pasti IS adalah dalang di sebalik serangan itu.

Bercakap kepada agensi berita Reuters, Tito memberitahu bahawa pejuang IS Indonesia, Bahrun Naim, yang kini dipercayai berada di Syria, sudah lama merancang insiden ini.

“Dia ada di sebalik serangan ini,” katanya.

Polis memberitahu Al Jazeera bahawa kumpulan IS ini sudah memberi ancaman khusus sebelumnya mengenai serangan pada hari ini.

Enam letupan berlaku kira-kira 50 meter selain di daerah perniagaan pusat, yang turut menempatkan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk lima penyerang, terbunuh dalam letupan dan pertempuran senjata antara polis dan penyerang di pusat bandar itu. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian