Isma kerah ahli turun bantah TPPA

aminuddin yahaya bantah tppa

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, Khamis – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah mengerahkan semua ahlinya untuk hadir menyertai perhimpunan aman bantah TPPA pada 23 Januari ini.

Timbalan Presiden Isma, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata beliau menjangkakan tidak kurang daripada seribu ahli yang akan turun menyertai himpunan aman itu.

“Kita telah kerahkan semua ahli untuk hadir pada Sabtu ini, dan kita jangkakan tidak kurang dari seribu ahli yang turut sama dengan rakyat lain membantah TPPA,” katanya kepada Ismaweb disini, hari ini.

Himpunan aman bantah TPPA dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur yang turut disertai oleh 250 Badan Bukan Kerajaan (NGO), parti politik dan kumpulan masyarakat sivil.

Mengulas berhubung hasrat kerajaan menandatangani TPPA, beliau berkata kerajaan perlu menangguhkan hasrat untuk menandatangani perjanjian itu dan memberi masa kepada rakyat faham isi kandungan TPPA secara menyeluruh.

“Buku yang diterbitkan berkenaan TPPA tidak mencukupi kerana ia terlalu ringkas sedangkan perjanjian itu mempunyai 6000 muka surat.

“Kerajaan tidak boleh perjudikan nasib rakyat dalam keadaan rakyat tidak faham mengenai TPPA,” katanya.

Satu sidang khas Parlimen bahas TPPA akan diadakan pada 26 dan 27 Januari ini bagi membahaskan isu itu di Dewan Rakyat.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian