Isma Melaka sokong kerajaan negeri haramkan vape

Ir Hj Mohd Khoushaini Mohd Naim, YDP ISMA Melaka

Ir Hj Mohd Khoushaini Mohd Naim, YDP Isma Melaka

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Selasa – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Melaka menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan negeri Melaka yang mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri itu.

Yang Dipertuanya, Ir Hj Mohd Khoushaini Mohd Naim berkata keputusan mengharamkan vape membuktikan kesungguhan dan keseriusan kerajaan negeri untuk menjamin masa depan generasi muda dan menunaikan maqasid syariah dalam menjaga nyawa, harta dan keturunan rakyat.

“Walaupun fatwa tersebut hanya berkuatkuasa kepada orang Islam, ia juga memberi manfaat kepada semua rakyat.

“Apatah lagi semua maklum bahawa vape juga membawa kesan negatif secara menyeluruh termasuk kepada penganut agama lain,” katanya kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang mengambil keputusan itu pengharaman vape selepas Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Dalam masa yang sama, Mufti Melaka Datuk Dr Mohd Mohadis Yasin juga memaklumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bersidang pada 10 Disember lepas telah memutuskan penggunaan vape adalah haram.

Ir Khoushaini berkata, tindakan Mufti ini juga boleh disifatkan sebagai tindakan terbaik sebagai perujuk isu hal ehwal agama Islam.

“Tahniah di atas peranan terbaik yang telah dimainkan oleh Institusi Mufti negeri bersejarah ini,” katanya.

BERITA BERKAITAN:

Melaka buat u-turn, haramkan penjualan, penggunaan vape

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian