Jangan percaya strategi cauvinis DAP, kata Ibrahim Ali

ibrahim

KUALA LUMPUR, Rabu – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengingatkan bangsa Melayu supaya tidak tertipu dengan strategi parti rasis dan cauvinis DAP yang mendakwa mereka tidak anti-Melayu dan anti-Islam.

Malah, dakwaan itu jelas bertentangan dengan tindakan parti itu sebelum ini yang sering mempertikai dan mempersoalkan hak keistimewaan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, percaya DAP adalah parti cauvinis berasaskan kaum kerana kepemimpinan tertinggi parti itu tidak menggambarkan komposisi kaum di negara ini.

Katanya, walaupun DAP majmuk dari segi perlembagaan mereka, tetapi selagi mana kepemimpinannya tidak mencerminkan komposisi kaum, ia masih membuktikan DAP adalah parti cauvinis dan ‘kecinaan’

Beliau berkata, sikap sebenar DAP dapat dilihat apabila mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menggariskan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu.

“Kenyataan ini sebenarnya mengulangi skrip-skrip yang lalu dan saya menyifatkan ini semua janji kering kepemimpinan parti itu untuk menarik undi orang Melayu.

“Jika benar DAP ini parti yang tidak anti-Melayu dan anti-Islam, saya ingin mempersoalkan kepemimpinan tertinggi mereka yang majoriti dianggotai oleh orang Cina,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai ura-ura bahawa DAP bakal memperkenalkan lebih ramai calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian