Jawapan Mukhriz berkaitan tindakan kumpulan Ahmad Bashah

mukhriz_explains

ALOR SETAR, Rabu – Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kedah adalah atas mandan dan kepercayaan yang diberikan rakyat serta pekenan Sultan Kedah selepas dicadangkan oleh Perdana Menteri.

Mengulas tindakan pemimpin UMNO negeri itu hari ini yang menolak kepemimpinan beliau, Mukhriz berkata, beliau memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

“Rakyat dan pengundi juga yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya.

“Saya menyerah kepada rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13,” katanya dalam kenyataan ringkas malam tadi.

Tahun lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Badan Perhubungan UMNO negeri itu membuat keputusan memberi sokongan penuh dan tidak berbelah-bahagi kepada kepemimpinan Najib dan Mukhriz.

Bagaimanapun petang tadi, kumpulan diketuai Ahmad Bashah bersama beberapa pemimpin UMNO mengadakan perjumpaan yang turut dihadiri Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Ghazali Ibrahim dan berpaling tadah menyatakan hilang kepercayaan kepada Mukhriz.

LAGI BERITA

1. (KEMAS KINI) Ratusan berkumpul depan Wisma Darul Aman, pejabat UMNO sokong Mukhriz

2. (TERKINI-2) UMNO Kedah isytihar hilang kepercayaan terhadap Mukhriz

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian