Jawatankuasa khas ditubuhkan siasat kesilapan buku teks Sejarah

image (29)

KUALA LUMPUR, Rabu – Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kesilapan yang berlaku dalam buku teks Sejarah Tahun Enam baru-baru ini.

Bercakap perkara itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan berkata, lebih 400,000 naskhah buku teks terpaksa dicetak semula.

“Sesebuah buku teks akan melalui jabatan-jabatan yang berbeza sebelum produk akhir dihantar kepada Kementerian Pelajaran untuk kelulusan. Ia kemudian dicetak dan diedarkan,” katanya.

Bagaimanapun Dr Awang berkata, proses percetakan semula buku teks itu menelan kos sebanyak RM3 juta.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan kesemua buku teks Sejarah tahun 6 ditarik balik ekoran kesalahan maklumat mengenai kedudukan negeri Melaka dalam peta Semenanjung yang dicetak pada buku itu.

Susulan itu DBP dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa bahawa Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif untuk mengkaji semula kandungan keseluruhan buku teks Sejarah Tahun Enam.

DBP juga memberi jaminan buku cetakan semula bagi teks itu dijangka diedarkan ke sekolah selewat-lewatnya pada 31 Januari 2016.

Manakala bagi pasaran terbuka pula, ia dijangka boleh didapati di kedai buku khususnya koperasi DBP bermula 15 Januari bagi SK dan 20 Januari bagi SJK.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian