Johor bakal terima pelaburan dari Jepun bernilai RM500 juta tahun ini

Khaled Nordin
BATU PAHAT, Khamis – Johor bakal menerima pelaburan baharu bernilai RM500 juta daripada sebuah syarikat multinasional Jepun, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata syarikat itu berminat menjalankan operasi di Tanjung Langsat dekat sini, iaitu kawasan perindustrian yang bertumpu kepada kegiatan berkaitan petrokimia dan oleokimia.

Untuk itu katanya, beliau akan ke Jepun dalam tempoh dua minggu lagi bagi bertemu dengan pelabur berpotensi berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan cawangan restoran makanan segera Burger King, di sini hari ini.

Mohamed Khaled juga yakin ekosistem Johor yang disifatkannya sebagai terbaik, mampu menarik pelabur asing dan domestik baharu tahun ini sekalipun dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar sekarang. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian