JUMS Chicago 2015 erat tautan pelajar muslim

Semua Penutup

Oleh Muhammad Khairul bin Abdul Shukor

CHICAGO, 8 Jan- Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) United States-Canada julung kalinya menganjurkan Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk (JUMS) yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di Hostel International Chicago.

Program yang bermula pada 25 Disember yang lepas merupakan titik permulaan terbaik bagi generasi muda untuk mengenal diri dan melihat realiti kehidupan dengan perspektif yang baru.

Program yang berjaya menarik hampir 40 orang peserta dari pelbagai universiti di Amerika Syarikat dan Kanada berhasil menerapkan nilai-nilai Islam yang juga dititik beratkan demi membina individu Muslim yang kuat.

JUMS yang bertemakan “A New Beginning”, secara umumnya membawa maksud permulaan kepada kehidupan mahasiswa dan mahasiswi di Amerika Syarikat dan Kanada dalam mendepani cabaran-cabaran yang sedang melanda abad ke-21 ini.

Sisters Sharing

Para peserta berpeluang bertemu dan berdiskusi bersama panel-panel hebat seperti Ustaz Syed Ahmad Israa’ yang merupakan ketua pegawai urusan IRIS insitute, Muhammad Yusri Jamaludin, Pengerusi Isma US Canada dan Nur Hanis Mohamad Noor yang merupakan Penolong Ketua Editor FOCUS.

Pengisian yang disampaikan oleh para panelis berhasil memberikan kefahaman dan meningkatkan kesedaran para peserta tentang peranan sebagai pemuda dalam mencorak pembangunan ummah.

Program dimulakan dengan slot “Culture Shock” yang membentangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa Melayu Muslim di negara Barat.

Slot seteusnya pula merupakan siri pembentukan identiti individu Muslim menerusi slot “Looking Back” “Living the Moment” dan “Looking Forward”.

Setiap slot, para peserta disajikan dengan persoalan yang ringkas tetapi sukar untuk dijawab seperti “Who am I?”, “Where am I now?”, “Where I have been so far?”, “Where are we now?” dan “What is our future?”

Brothers The Bean

Selain daripada aktiviti-aktiviti yang penuh dengan pengajaran dan ilmiah, para peserta juga berpeluang untuk meneroka tempat-tempat menarik di bandar Chicago yang lebih dikenali sebagai The Windy City menerusi aktiviti ‘Explore Chicago’.

Pada hari terakhir, sebuah forum “A New Beginning” yang menampilkan kesemua panel membentangkan resolusi untuk para peserta melakukan perubahan bermula dari diri sendiri.

“Program ini memperkenalkan mahasiswa US dan Kanada tentang program dakwah dan tarbiyah Isma”, kata Luqman, salah seorang peserta dari University of Utah yang sanggup menempuh perjalanan selama 21 jam untuk menyertai JUMS ini.

Mahasiswa dan mahasiswi di Amerika Syarikat dan Kanada kini mempunyai sebuah program alternatif supaya dapat memanfaatkan musim sejuk dengan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan keimanan dan mempertingkatkan ilmu Islam untuk diamalkan sebagai cara hidup para mahasiswa Muslim di negara Barat.

Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk 2015 melabuhkan tirainya pada 28 Disember 2015. Semoga para peserta dapat melakukan anjakan paradigma ke arah hidup yang lebih bermakna dan beragenda.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian