KATA PEDANG: Boleh nak belajar Kristian, tapi dengan kaca mata Al-Quran

Ismaweb menyiarkan berita dua warga asing menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam di Selayang.

Ismaweb menyiarkan berita dua warga asing menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam di Selayang.

MENGAPAKAH dua warga New Zealand dan Kanada bersusah payah mengajar orang Melayu Islam negara ini mengenali dan memahami ajaran Kristian?

Tidak cukup dengan hanya bercerita, mereka memberikan pula kitab Injil versi kartun dalam bahasa Melayu.

Kejadian yang berlaku di Selayang baru-baru ini telah dimuatnaik oleh Puteri Balqisha di Facebook. Boleh kita bayangkan mungkin ramai lagi umat Islam yang telah ‘diajar’ agama Kristian oleh dua penyebar warga asing itu.

BACA: Dua warga New Zealand sebar Kristian kepada orang Islam di Selayang

Mungkin juga boleh jadi ramai lagi penyebar agama Kristian warga asing yang bergerak aktif di Malaysia tanpa kita sedar!

Islam tidak pernah menyekat umatnya belajar mengenai agama lain. Di universiti terulung di dunia, Universiti Al-Azhar juga diajar subjek agama samawi seperti Kristian dan Yahudi, dan juga agama wad’ie (agama rekaan manusia) seperti Hindu, Buddha dan Confucius.

Di Malaysia sendiri, subjek perbandingan agama juga diperkenalkan di peringkat diploma dan ijazah di kolej dan universiti.

Akan tetapi, subjek ini diajar menurut kaca mata akidah Islam agar para pelajar jelas kebenaran Islam dan kebatilan agama-agama tersebut.

Jika ada yang bercadang umat Islam di Malaysia perlu mempelajari agama-agama ini supaya keharmonian dan keamanan boleh dicapai, kita amat bersetuju tetapi dengan syarat, biarlah ia diajar oleh ahlinya iaitu para ustaz sendiri.

Bukan diajar oleh pendakyah dan aktivis kristianisasi yang ada agenda jahat merosakkan akidah umat Islam!

Sehingga kini, semua agama hidup dengan aman damai dan amalan keagamaan boleh dilaksanakan dengan baik. Toleransi itu cukup ada lebih-lebih lagi daripada orang Islam yang majoriti.

Selain mahu menjaga akidah umat Islam daripada terpesong dan cenderung kepada agama lain, kita juga tidak mahu unsur pluralisme agama menyusup masuk melalui pembelajaran agama-agama ini.

Jika salah caranya, pelajar akan melihat semua agama adalah sama, menyembah tuhan yang sama, cuma cara beribadahnya yang berbeza.

Inilah kefahaman batil yang cuba diterapkan kepada umat Islam. Oleh itu seeloknya biarlah ilmuan Islam sendiri yang mengajarkan subjek agama-agama ini, bukannya orang asing.

Oleh kerana umat Islam juga mahukan keamanan hidup di Malaysia, orang bukan Islam perlu belajar agama Islam, tahu sensitiviti mereka dan kita tak mahu wujud ‘Alvin Tan Kedua’ yang biadab.

Ingat! Orang Islam boleh belajar agama-agama lain tapi hanya sekadar untuk mengetahui isi agama dari sudut akidah dan ibadah, dengan itu akan wujud persefahaman terhadap penganut agama lain dan wujud budaya saling menghormati.

Ingat! Jangan pula sampai umat Islam percaya semua agama adalah sama dan akhirnya murtad dan masuk agama lain. Nauzubillah min zalik! Mohon Allah lindung!

Jadi, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, belajarlah agama-agama lain mengikut kaca mata Islam melalui ustaz dan guru yang bertauliah. Bukan daripada pendakyah dan aktivis kristianisasi.

KATA PEDANG: Pesalah undang-undang adalah penjenayah. Bila polis nak tangkap dua warga New Zealand dan Kanada itu?

Logo-Kata-Pedang-1024x724

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

LAGI:

KATA PEDANG: Kapal dah hampir karam tapi masih nak tubuh jawatankuasa!
KATA PEDANG: Surat terbuka kepada Melayu dan musuh Islam sempena 2016
KATA PEDANG: Lebih baik beli daripada peniaga Melayu daripada……..
KATA PEDANG: Penipu terlepas, pembela mangsa penipuan pula kena tindakan
KATA PEDANG: Demi cinta Rasulullah, kita lakukan perkara berikut…

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian