KATA PEDANG: Kapal dah hampir karam tapi masih nak tubuh jawatankuasa!

tengg

SEBELUM menulis lebih lanjut, Pedang nak petik kata-kata seorang ustaz dalam ceramah disiarkan TV1 dua tahun lalu. Kononnya, ceramah agama itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri.

Kata penceramah itu:

“… bila lembu nak melintas, ada ka patut drebar minta pandangan juga… tuan-tuan saya menjangka jarak 250 meter pada saya seekor lembu nak melintas… cuba cerita mana saya nak pergi sekarang ni… orang belakang cakap… tuan kiri tuan… nape kiri… lembu biasanya menonong saja… kita kiri… orang lain kata… saya bangkang cadangan ini… kita ke kanan tuan lembu biasa u-turn kita selamat… yang depan kata… kita langgar tuan kereta company… lantak la…”

“hello… kalau lembu (nak) melintas buat je la keputusan… ha ini masalah kita sekarang sebab mungkin orang kita gemar berbincang agaknya… macam orang nakhoda kapal… kalau kapal nakhoda Cina lain… bila nak karam anak buah panggil… kapitan kapal mau kalam apa mau bikin… ayaaa mau kalam aa… kita selamat wang-wang kita dulu… haa ini ekonomi… kalau kapal Arab lain… ya sheikh kapal mau karam apa mau bikin… masya-Allah selamatkan perempuan-perempuan dulu… tapi kalau kapten orang kita lain sikit… tuan kapal nak karam buat mende tuan… kapal nak karam tubuh jawatankuasa dulu… lailahaillallah… kapal gini ha (sambil tunjuk tangan menjunam) mesyuarat lagi…”

Demikianlah gambaran apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Agaknya sudah beratus-ratus jawatankuasa sudah ditubuhkan setakat ini.

Seperti kata ustaz tadi, kapal yang hampir karam pun masih lagi hendak menubuhkan jawatankuasa bermesyuarat. Kos sara hidup yang bermula dua tahun lalu dan kini semakin membebankan rakyat, ditambah dengan penyusutan nilai ringgit, tetapi kerajaan masih mahu menubuhkan jawatankuasa membincangkannya. Mungkin menteri-menteri kita lebih suka bersembang daripada buat kerja.

Akhir tahun lalu iaitu pada 28 Disember, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi akan ditubuh bagi membincangkan pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai isu kos sara hidup.

Zahid berkata beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa itu yang turut dianggotai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan.

Zahid dilaporkan memberitahu bahawa jawatankuasa akan menjemput pengerusi NGO untuk menemui Perdana Menteri bagi menyatakan sendiri luahan dan pandangan berhubung isu kos sara hidup.

Oleh kerana nama jawatankuasa itu tidak diketahui, maka Pedang beri nama Jawatankuasa Menangani Kos Sara Hidup Rakyat.

Entahlah! Pedang rasa Malaysia sekarang ini dikenali sebagai ‘negara jawatankuasa’ kerana terlalu banyak jawatankuasa yang diwujudkan, namun semuanya hanya untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang lebih prihatin.

Kemudian kerajaan mencari ‘kambing hitam’ untuk disalahkan akibat daripada kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan kos sara hidup tanpa membuat apa-apa. Harga barang, tol, tambang pengangkutan awam semuanya naik, tetapi kerajaan tubuh lagi sebuah jawatankuasa bertindak, sedangkan sebelum ini telah ada jawatankuasa lain yang sama peranannya.

Sebelum mengakhiri tulisan ini, Pedang memetik kata-kata seorang pengguna laman sosial yang mengulas mengenai ceramah ustaz di atas tadi. Katanya:

Seorang doktor Yahudi berkata:
“Perubatan di Israel sangat maju. Kami pindahkan buah zakar seorang lelaki pada lelaki lain. Dalam masa 6 minggu lelaki itu boleh mencari kerja.”

Doktor Jerman pula berkata:
“Itu takda apa-apa. Di Jerman kami ambil sebahagian otak seorang lelaki dan pindah pada lelaki lain. Dalam masa 4 minggu lelaki itu boleh mencari kerja.”

Doktor Russia pula berkata:
“Tuan-tuan, kami ambil sebelah jantung seseorang dan letak di dalam dada orang lain dan dalam masa 2 minggu dia pergi mencari kerja.”

Doktor Malaysia ketawa:
“Kamu semua di belakang kami! 8 tahun yang lalu kami ambil seseorang yang tiada otak, tiada hati dan jadikan Perdana Menteri! Kini seluruh negara mencari kerja!!! termasuk bekas timbalan dia…”

kata-pedang-baruKata Pedang: Lepas ini tubuh pula jawatankuasa kutip derma dari kapitan atau pak syeikh. Jangan kutip daripada menteri nanti ditubuhnya pula jawatankuasa.

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian