Kedah disaran ikut langkah negeri lain haramkan vape

ustaz kashfi

Oleh: Mohd Hisham Mohd Sharif

JITRA, 6 Jan – Kerajaan negeri Kedah disaran mengikut langkah Johor, Kelantan, Terengganu dan Melaka agar mengharamkan penggunaan dan penjualan vape atau rokok elektronik.

Menurut Yang Dipertua Isma Cawangan Kubang Pasu, Ustaz Mohd Kashfi, langkah ini wajar bagi memastikan keputusan Majlis Jawatankuasa Fatwa Kedah yang mengharamkan vape baru-baru ini diangkat dan dihormati oleh semua pihak.

“Vape bukan sahaja berbahaya untuk umat Islam, bahkan ia berbahaya untuk semua manusia.

“Sememangnya menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menjaga kemaslahatan umum termasuk mereka yang bukan beragama Islam dalam isu vape ini,” katanya ketika dihubungi berkenaan isu ini.

Tambahnya,  tindakan mengharamkannya perlu dilakukan dengan segera selagi ada peluang.

“Jangan tunggu hingga ianya telah membarah seperti rokok dan arak.

“Jika tidak boleh lakukan semua (mengharamkan kesemuanya), jangan tinggalkan semua,” jelas Ustaz Kashfi.

Ustaz Mohd Kashfi turut berkata Isma akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri jika vape diputuskan untuk diharamkan di negeri Kedah.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian