Keluar Britain jika gagal berbahasa Inggeris, kata Cameron kepada wanita Islam

640x392_82307_254344

LONDON, Selasa – Britain akan menghalau wanita Islam dari negara itu sekiranya gagal fasih dalam menggunakan Bahasa Inggeris.

Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata bahawa kemahiran bahasa Inggeris yang lemah akan mudah dipengaruhi oleh kumpulan pelampau seperti Negara Islam (IS).

Bagaimanapun, Cameron telah menyediakan dana bahasa sebanyak 26 juta Euro untuk golongan wanita dalam kalangan masyarakat terpencil sekaligus sebagai sebahagian daripada usaha untuk membina integrasi masyarakat.

Pihak imigresen akan memastikan setiap pasangan yang tinggal di negara itu untuk bercakap dalam bahasa Inggeris sebelum membenarkan mereka tinggal di Britain.

Namun Cameron berkata, mereka juga akan menjalani ujian selepas dua setengah tahun tinggal di negara itu untuk memastikan kemahiran bahasa mereka bertambah baik.

“Tiada jaminan untuk anda tinggal disini jika tidak memperbaiki kemahiran bahasa anda,” katanya.

Kerajaan Britain menganggarkan kira-kira 190,000 atau 22 peratus wanita Islam di England tidak mahir berbahasa Inggeris.

Statistik sama juga memberitahu seramai 2.7 juta orang Islam di England daripada kira-kira 53 juta penduduknya.-  Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian