Kenapa susu ibu yang terbaik untuk bayi bawah enam bulan?

bayi 6 bulan

Jururawat bercerita, “Dr. C ambil cuti sampai 6 bulan untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi.”

Lama saya termenung.

Akhirnya setelah banyak membaca dan berbincang dengan suami, saya mengambil keputusan yang sama.

_____________________________

Jangan bersedih wahai ibu. Mari kita tambah ilmu.

Ada ibu yang tengah bersedih kerana dipaksa oleh orang tua agar memberi bayi mereka air kosong dan makanan sejak seawal 2 bulan.

Kata mereka juga, dulu-dulu mereka suap kita dengan nestum sejak baru lahir. Tapi kita membesar sihat walafiat.

Kata mereka lagi, boleh saja bagi air kosong. Kasihan bayi meraung nampak lapar.

Wahai ibu-ibu dulu dan sekarang

1. Banyak kajian di luar negara menyarankan supaya hanya susu ibu diberikan kepada bayi 6 bulan ke bawah. Tiada minuman atau makanan selain susu ibu. Ini dipanggil sebagai ‘exclusive breastfeeding’.

2. Kenapa 6 bulan? Kasihan anak. Menangis-nangis nampak kelaparan. Bayi menangis bukan hanya kerana lapar. Mungkin kerana perut yang tidak selesa, terlalu panas atau sejuk, mahu didodoikan, dan bermacam sebab yang lain.

3. Kenapa 6 bulan? Susu ibu kaya dengan khasiat untuk melindungi bayi daripada penyakit. Lebih banyak susu ibu yang diminum, bermakna lebih bagus perlindungan untuk bayi daripada pelbagai penyakit. Perlindungan terbaik adalah jika bayi menyusu sepenuhnya sehingga 6 bulan.

4. Kenapa 6 bulan? Sistem pencernaan makanan di dalam perut bayi bawah 6 bulan masih belum matang. Pencernaan karbohidrat, protein dan lemak belum sempurna. Akibatnya, bayi mungkin mengalami allergi, sembelit atau perut kembung. Susu ibu pula mengandungi enzim untuk pencernaan.

5. Kenapa 6 bulan? Kajian menunjukkan perkembangan bayi yang normal akan bersedia melalui transisi daripada penyusuan susu ibu kepada pemakanan lain setelah bayi berusia 6-8 bulan. Pemberian minuman atau makanan selain susu ibu terlalu awal sebelum masanya mungkin memberi kesan yang tidak baik.

6. Kenapa 6 bulan? Kurang risiko bayi mendapat obesiti apabila besar nanti. Teringat pesan rakan saya, Dr. Aida. Pesannya supaya saya sentiasa menyusukan anak supaya anak mempunyai struktur tubuh yang kuat. Semasa bayi adalah peringkat penting untuk pembentukan tubuh yang kuat. Jika bayi sudah terlalu awal diberikan makanan, mereka lebih mudah berbadan besar dan obesiti.

7. Kenapa 6 bulan? Semakin besar bayi, semakin mereka bersedia untuk menerima makanan pejal dengan lebih mudah. Jika anak kita belum mahu makan, berilah susu ibu yang kaya dengan khasiat secukupnya pun sudah memadai.

8. Kenapa 6 bulan? Supaya kita tidak mengandung lagi dalam masa terdekat. Sebaiknya kelahiran anak dijarakkan. Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh membantu menjarakkan kelahiran. Banyak kajian menyokong fakta ini.

9. Kenapa 6 bulan? Ibu-ibu menyusu boleh mendapat kembali berat badan ideal.

10. Dalam al Quran(surah al baqarah ayat 233), penyusuan susu ibu adalah sehingga anak berusia 2 tahun. Ini adalah tempoh penyusuan sempurna. Hebatnya susu ibu mempunyai pelbagai khasiat yang tidak dapat menandingi makanan lain.

11. Kesimpulannya, susu ibu minuman terbaik dan cukup untuk bayi bawah 6 bulan.

Oleh
Dr Yuliana Ayob
Ketua Wanita Isma Cawangan Samarahan

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian