Kerajaan berat sebelah, tak perinci keburukan TPPA

takiri

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Rabu – Kerajaan dilihat bersikap bias apabila hanya mengemukakan kebaikan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tanpa memperincikan sebarang keburukan dan kesan negatif perjanjian itu kepada negara.

berkata sekiranya kerajaan jujur, kajian yang lebih menyeluruh dan terperinci menyatakan kesan-kesan negatif daripada perjanjian ini secara jelas mesti dimasukkan dalam laporan kerajaan mengenai TPPA.

“Sebaliknya, kerajaan hanya dilihat berani menjaja kebaikan TPPA dan kesan buruk jika tidak menyertainya.

“Kerajaan bias dalam mengemukakan kesan-kesan TPPA ditambah pula dengan penggunaan seluruh jentera kerajaan untuk menjaja kebaikan TPPA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, tindakan kerajaan membawa TPPA ke Parlimen untuk kelulusan melalui sidang khas penghujung Januari ini juga dilihat sebagai tergesa-gesa.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan dokumen berkenaan perjanjian tersebut baru sahaja terdedah kepada awam tidak sampai dua bulan dan pungutan suara awam juga tidak dibuat.

“Sedangkan rakyat berhak dan bertanggungjawab menentukan nasib masa depan negara ini di samping ahli-ahli parlimen.

“Apatah lagi dalam realiti di Parlimen sekarang ini suara undi majoriti Ahli Parlimen Kerajaan tentu sahaja dapat mengalahkan undi pembangkang lantas menjadikan Parlimen sekadar ‘rubber stamp’ kepada kehendak Kerajaan.

“Ini memperlihatkan terdapat sesuatu yang sulit yang Kerajaan tidak dedahkan kepada rakyat hasil daripada rundingan yang telah dibuat secara sulit,” katanya.

Untuk itu Dr Khairuddin menyeru kepada seluruh rakyat untuk sama-sama hadir dalam Himpunan Aman Bantah TPPA yang akan diadakan pada Sabtu ini, 23 Januari 2016 di Dataran Merdeka.

Katanya, himpunan ini adalah suatu tanggungjawab yang tersangat penting yang mesti ditunaikan oleh setiap rakyat demi menyelamatkan negara daripada sebarang bentuk ancaman kesan daripada perjanjian tersebut.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian