Kerajaan negeri akan keluar kenyataan tentang isu bauksit: MB Pahang

KUANTAN 29 JULY 2015. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat exco kerajaan Negeri di Wisma Yayasan Pahang. NSTP/Farizul Hafiz Awang

KUANTAN, Ahad – Kerajaan Negeri Pahang akan mengeluarkan kenyataan bersama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung arahan Kabinet hentikan sementara perlombongan bauksit, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

“Saya dan (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr) Wan Junaidi (Tuanku Jaafar) akan membuat kenyataan bersama nanti.

“Dalam masa yang sama kerajaan negeri mengalu-alukan ulasan daripada semua pihak berhubung isu perlombongan bauksit di negeri ini,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini berhubung isu bauksit yang telah menimbulkan pelbagai masalah pencemaran dan keselamatan di daerah ini.

Terbaru kegiatan perlombongan mineral itu juga dipercayai telah menjadi antara punca utama air di Sungai Balok dan air laut Pantai Batu Hitam bertukar menjadi merah semasa hujan lebat baru-baru ini.

Sementara itu tinjauan Bernama di Jalan Pintasan Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan mendapati laluan yang sebelum ini sibuk dengan kenderaan berat mengangkut bauksit hampir lengang.

Lori-lori bauksit didapati diletakkan di tepi jalan berhampiran stesen minyak di kawasan perindustrian Gebeng dan Jalan Pintasan Kuantan dipercayai mempunyai kaitan dengan arahan itu.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian