Kerajaan negeri perlu bantu usahawan Digital Mall

12331524_200501480286876_1528198605_n
KUALA TERENGGANU, Ahad – Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut) berharap kerajaan negeri dan agensi kerajaan memberi bantuan dan beberapa kelonggaran kepada usahawan yang ingin berniaga di Digital Mall yang akan diwujudkan di negeri itu.

Naib Presiden Patut, Norfuzilawati Yusoof berkata, antara yang dipohon ialah subsidi sewa selama enam bulan yang pertama bagi memberi peluang perniagaan mereka stabil terlebih dahulu.

“Kami juga berharap agar dapat diberi rebat kos jika menggunakan media-media promosi yang dimiliki oleh kerajaan negeri ataupun anak syarikat untuk tujuan pengiklanan produk.

“Selain itu, pemilihan lokasi Digitall Mall juga penting bagi memastikan matlamat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya di Terengganu, tercapai,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengumumkan kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mewujudkan pusat perniagaan baharu iaitu Digital Mall bagi memberi peluang kepada usahawan menjual pelbagai barangan seperti komputer, telefon pintar dan aksesorinya.

Setakat ini, Digital Mall yang pertama telah dibuka di MARA Atrium Mall di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur sejak Disember tahun lepas dan kementerian menyasarkan mahu membuka lebih banyak Digital Mall di beberapa negeri pada tahun ini termasuk Terengganu.

Norfuzilawati berkata sebahagian besar anggota persatuan itu ialah usahawan-usahawan muda (B40) yang baru hendak berkecimpung dalam bidang perniagaan.

“PATUT melihat program Digital Mall ini bakal memberi peluang kepada usahawan muda Bumiputera Terengganu untuk melibatkan diri dalam pasaran digital dan IT (teknologi maklumat).

“Sebelum ini, jumlah usahawan Bumiputera untuk berniaga di pusat IT sedia ada agak kurang kerana sewa yang dikenakan terlalu tinggi sehingga ramai yang tidak mampu dan lokasi perniagaannya tidak strategik.

“Di samping itu, usaha ini juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan baharu sekaligus mengurangkan kadar penghijrahan golongan muda Terengganu ke ibu kota,” katanya. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian