Kerajaan Pahang cari kaedah terbaik laksana peraturan pengharaman vape

Cecair vapeTEMERLOH, Khamis — Kerajaan negeri Pahang menyambut baik keputusan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) mengharamkan rokok elektronik atau vape dan akan mencari kaedah terbaik dalam melaksanakan peraturan yang bersesuaian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan pelbagai pihak dalam menentukan peraturan dan penguatkuasaan yang sesuai dan berkesan.

“Dari segi penguatkuasaan kerajaan negeri masih mengkaji kesesuaiaannya kerana kita hendakkan satu pendekatan yang praktikal dan berkesan sebelum sesuatu dimuktamadkan,” katanya.

Norol Azali berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan pampasan banjir kepada peserta-peserta Felcra Berhad di Pejabat Felcra Berhad Paya Puyu di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Felcra Wilayah Pahang, Datuk Hazrinor Hisham Harun dan Pengurus Felcra Paya Puyu Yahaya Bokhari.

Baru-baru ini Muip memutuskan penggunaan rokok elektronik atau vape bagi umat Islam di negeri ini sebagai haram kerana mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

Yang Dipertua Muip, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri pada 4 Januari lepas.

Baginda yang juga Tengku Mahkota Pahang bertitah keputusan itu selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini yang mengharamkan penggunaan vape.

Dalam pada itu, Norol Azali berharap masayarakat Islam dapat mematuhi keputusan ini dan tidak berbalah mengenai pendirian masing-masing dalam isu itu.

“Keputusan yang dibuat Muip adalah berlandaskan kepada fakta sebenar khususnya dalam memelihara kesihatan masyarakat Islam di negeri ini,”katanya.

Mengulas mengenai fenomena El Nino pada masa ini beliau berkata, Jabatan Kesihatan negeri telah melakukan persiapan rapi bagi berhadapan dengan sebarang kemungkinan akibat cuaca panas masa kini selain daripada mengedarkan maklumat kepada masyarakat mengenai kesan dan langkah-langkah terbaik dalam berhadapan cuaca panas ini.— Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian