Kerajaan Pulau Pinang jenamakan semula rumah kos rendah, kos sederhana

Gambar hiasan

Gambar hiasan

GEORGE TOWN, Selasa – Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan penjenamaan semula rumah kos rendah dan kos sederhana, sebagai rumah mampu milik jenis A dan B.

Melalui penjenamaan semula itu, rumah kos rendah berharga RM42,000 setiap sebuah akan dikenali sebagai rumah mampu milik jenis A manakala kos sederhana yang berharga RM72,500 sebuah, dikenali sebagai rumah mampu milik jenis B.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Bandar dan Perancangan Desa Negeri Jagdeep Singh Deo berkata rumah berharga RM150,000 sebuah akan dikenali sebagai rumah mampu milik jenis C; rumah bernilai RM200,000 sebagai jenis D; RM300,000 sebagai jenis E dan RM400,000 sebagai jenis F.

Beliau berkata kerajaan Pulau Pinang melakukan penjenamaan semula itu memandangkan perkataan ‘rendah’ itu mempunyai konotasi negatif dan menjadi  stigma kepada pembeli unit berkenaan.

“Di samping itu, pembeli unit berkenaan kemungkinan besar merupakan pembeli rumah buat kali pertama dan adalah tidak wajar untuk melabelkan dengan konotasi demikian mengenai tempat berteduh pertama buat mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun, tidak menafikan kemungkinan akan terdapat implikasi terhadap undang-undang akibat penjenamaan semula rumah berkenaan kerana terdapat beberapa peraturan yang disebut secara khusus membabitkan rumah ‘kos rendah’, yang mungkin memerlukan pindaan dilakukan. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian