Kos hidup meningkat: MTUC bidas saranan menteri

851308898_56349_16098388809784865209

SHAH ALAM, Isnin – Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC) hari ini, membidas saranan menteri yang meminta pekerja mengambil langkah berjimat cermat untuk meneruskan survival kehidupan.

Bercakap pada Wacana Siri 37: Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini‎, Presiden MTUC, Khalid Atan, mmenyifatkan saranan itu sesuatu yang tidak masuk akal.

Beliau berkata, saranan itu bukan hanya menyusahkan pekerja dan rakyat khususnya bagi mereka yang tinggal di bandar dan ibu kota.

“Bila kadar minyak meningkat, kita disaran guna kenderaan awam. Bila tambang kenderaan awam naik, kita disaran jangan guna kenderaan awam.

“Bila tol naik, kita disaran guna jalan yang tidak ada tol, jadi buatlah jalan yang tidak ada tol, kita akan guna jalan itu!,” katanya.

Kemelut ekonomi yang melanda dunia awal tahun ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Katanya, mereka yang paling teruk terjejas adalah golongan miskin tegar di kawasan luar bandar dan golongan miskin di banda‎r.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian