Krisis kewangan dunia mungkin berulang
BEIJING, Ahad – Diplomat China mengingatkan dunia bahawa krisis kewangan kemungkinan bakal berulang berikutan keadaan kewangan dunia yang berada dalam keadaan tidak menentu pada awal tahun ini.
Menurut Penasihat Kewangan China, Yang Jiechi, kelambatan ekonomi di China kini menjadi salah satu faktor kepada kebimbangan tersebut.
“Tidak mungkin untuk menafikan bahawa kemungkinan krisis ekonomi sekali lagi akan berulang. Masalah ini tidak boleh diabaikan,” kata Yang Jiechi.
Terdahulu, pasar saham global, termasuk Asia, kembali menjunam, pada perdagangan Khamis lalu.
Bursa Shanghai dan Shenzhen berada pada pasaran lemah berikutan kebimbangan pelabur terhadap ekonomi China.
Justeru, Yang mengingatkan ahli anggota Negara G-20 mengenai kepentingan mereka untuk bekerjasama bagi menghindari krisis kewangan global seperti pada tahun 2008.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan